Ainaa Beauty New Look 💙

Kepentingan Double Cleansing Dan Cara-cara Untuk Melakukannya

what-is-double-cleansing

Ramai percaya bahawa mencuci muka dengan sabun dan air sudah cukup untuk membersihkan kulit kita. Akan tetapi, sabun dan air biasa (dan tisu muka) ternyata tidak mampu membersihkan semua kotoran dari wajah kita secara menyeluruh setelah seharian bekerja atau melakukan aktiviti harian. Lebih-lebih lagi jika kita memakai makeup. Sebab itu kita perlu melakukan double cleansing.

Menurut board-certified dermatologist, David Lortscher, M.D., “Double cleansing ialah kaedah membersihkan wajah anda dua kali: pertama, dengan pembersih oil-based cleanser dan sekali lagi dengan pembersih water-based cleanser. Ia dapat membantu menghilangkan kotoran yang degil, pori tersumbat, dan jerawat yang kekal pada kulit.”

Dengan double cleansing, pembersihan pertama menggunakan oil-based cleaser akan menanggalkan makeup, menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan, dan membersihkan kulit kita. Pembersihan kedua pula hanya menggunakan water-based cleanser. Pilih cleanser jenis gentle seperti Ainaa Cleanser yang tidak mengandungi active ingredient seperti Benzoyl Peroxide.

Cara untuk buat double cleansing sangat senang. Langkah pertama, cuci muka menggunakan oil cleanser atas muka yang kering. Tak perlu basuh muka terlebih dahulu. Kemudian bilas dengan air paip. Kemudian, cuci muka menggunakan Ainaa Cleanser dan bilas. Done! Untuk lebih mudah faham, boleh rujuk video di bawah.

Walaubagaimanapun, teknik double cleansing bukanlah sesuai untuk semua orang. Bagi anda yang mempunyai kulit berminyak dan kerap memakai makeup, double cleansing mungkin sesuai untuk dibuat setiap hari.

Jika kulit wajah anda bukanlah oil-prone dan jarang mengenakan heavy makeup, penggunaan gentle cleanser sahaja biasanya sudah memadai. Tetapi untuk yang mempunyai eczema, kulit kering atau kulit sensitif, double cleansing mungkin tidak sesuai langsung untuk anda.

Selain oil cleanser, cleansing balm merupakan alternatif yang popular kepada oil cleanser untuk lakukan double cleansing. Cleansing balm lebih sesuai untuk kebanyakan pengguna, berbanding oil cleanser yang kebiasannya tidak sesuai untuk kulit kering dan kulit sensitif.

Beberapa minggu lepas, Ainaa Beauty telah melancarkan sample Ainaa Cleansing Balm. Tujuan sample diberikan untuk mendapat feedback awal pengguna. Ainaa Cleansing Balm mengandungi gabungan beberapa plants oil seperti Avocado Oil, Sunflower Seed Oil dan Bisabolol yang sangat terkenal sebagai soothing & hydrating ingredient dalam produk kosmetik & skin care.

Persea Gratissima (Avocado Oil)

Untuk masa terhad, anda boleh dapatkan sample Ainaa Cleansing Balm secara PERCUMA dengan pembelian Ainaa Scrub, Ainaa Sunscreen, atau mana-mana set yang mempunyai Ainaa Scrub atau Ainaa Suncreen.

Offer ni sah untuk pembelian di website ini sahaja. Dapatkan sekarang, selagi stok masih ada!

spread the word

Leave a Reply

RELATED ARTICLES

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping
error: Content is protected!

SAYONARA!

In order to serve you better, we're permanently moving to ainaabeauty.com starting 1st January 2024. For new customer, we advice to make your order on our new website.

For existing customer, we encourage you to use any Ainaa Points you currently have before the move, as they will not transfer over to our new site. Thank you for your loyalty, and we hope to see you soon at ainaabeauty.com!