Ainaa Beauty New Look 💙

Kenali 5 Jenis Jerawat dan Cara Mengatasinya

67b51496-071e-48e6-90eb-2e2be81f6f23

Punca Jerawat

Jerawat adalah masalah kulit yang selalu terjadi pada wanita, namun para lelaki juga tidak terkecuali. Jerawat sangat suka muncul di kulit yang berminyak. Hal ini kerana pori-pori kulit muka kita mempunyai kelenjar minyak yang bernama sebum.

Sebum berfungsi untuk melembut dan melembabkan kulit dan juga berfungsi sebagai pelindung kulit. Punca terjadinya jerawat adalah disebabkan oleh sebum yang mengeluarkan minyak secara berlebihan. Minyak-minyak tersebut akan menyumbatkan pori –pori dan seterusnya menyebabkan jerawat. Makanan seperti kekacang dan maknana bergoreng adalah salah satu penyebab kepada punca jerawat.

Selain itu, persekitaran yang kotor dan juga cara makan yang tidak sihat juga boleh menyebabkan terjadinya jerawat. Oleh itu, banyakkan minum air masak dan makan makanan yang berkhasiat. Elakkan makan makanan berminyak, manis, dan makanan segera.

5 Jenis Jerawat

1. Papule

Papule adalah sejenis jerawat biasa yang muncul di muka seperti benjolan atau bintik kecil kemerahan akibat keradangan. Kebiasaannya papule berwarna merah dan merah jambu.

2. Pustule

Pustule pula ialah sejenis jerawat yang meradang dan membentuk bintik putih, kuning seperti nanah. Selalu dikatakan jerawat yang dah matang.

3. Blackhead

Blackhead adalah sejenis bintik yang berwarna hitam. Ia disebabkan oleh sebahagian pori tersumbat dengan sebum atau minyak. Warna hitam itu adalah disebabkan oleh pigmen kulit melanin yang bertindak balas dengan oksigen di udara.

4.Whitehead

Whitehead adalah sejenis yang sama dengan blackhead tetapi Cuma berbeza warna. Whitehead adalah sejenis bintik yang berwarna putih yang disebabkan pori-pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum atau minyak.

5. Nodule

Nodule adalah sejenis jerawat yang sukar dirawat dan menyakitkan serta saiznya yang agak besar. Nodule adalah bintik keras dan besar yang tumbuh di dalam kulit. Jerawat ini jugak boleh menyebabkan parut berlubang.

Cara-Cara Untuk Merawat Jerawat

Mencuci Muka Dengan Bersih

Pastikan cuci muka sehingga 2x atau 3x sehari. Pilih pencuci muka yang bersesuaian, contohnya jika kulit berminyak pilih pencuci yang berbentuk gel dan PH seimbang dan pencuci ini juga sesuai untuk kulit jerawat. Antara pencuci yang terbukti berkesan adalah AINAA Cleanser yang sangat sesuai untuk semua masalah kulit.  Untuk yang pakai make-up, pastikan anda buat double cleansing menggunakan oil cleanser untuk buang segala kotoran pada muka.

Makan Makanan yang Sihat Seperti Sayur-sayuran & Buah-Buahan

Bagi mengalakkan jerawat timbul di muka, salah satunya adalah tips dalam pemakanan. Elakkan atau kurangkan makanan berminyak dan bergoreng serta makanan yang tinggi kandungan gula. Produk tenusu juga boleh menyebabkan berlakunya jerawat. Kalau nak juga makan boleh, tetapi kurangkan dan jarangkan lah semampu yang boleh. Jangan lupa minum air masak secukupnya.

Pakai krim anti jerawat

Jika jerawat baru timbul di muka, pakailah krim anti jerawat yang dijual di farmasi. Antara bahan yang boleh mengurangkan keradangan jerawat dan membunuh bakteria adalah benzoil peroksida dan asid salisilik.

Jangan Sentuh Muka Semasa Tangan Kotor

Elakkan menyentuh muka dengan keadaan tangan kotor kerana ia cenderung untuk jerawat timbul. Bersihkan tangan terlebih dahulu sebelum menyentuh muka.

Jangan Picit Jerawat

Ini adalah perkara yang sangat sukar untuk kita elakkan. Kdanag-kadang kita berasa geram dengan jerawat yang sudah matang tetapi tidak pecah atau kecut. Memicit jerawat akan menyebabkan parut hitam. Antara tips untuk elakkan kita memicit jerawat adalah dengan menampal acne patch yang boleh dibeli di farmasi. Acne patch akan berfungsi untuk mengecutkan dan mengurangkan keradangan jerawat.

Semoga segala info yang dikongsikan di ruangan ini dapat memberi manfaat untuk sis semua. Setiap masalah kulit ada penyelesaiannya. Jangan putus asa okay!

spread the word

1 comment

    Avatar

    Salam Ainaa. Saya mempunyai masalah muke berminyak. Saya ingin tahu bagaimana saya ingin menghilang kan kesan parut2 jerawat di muke saya. Saya telah mencuba banyak product tapi tak ada kesan. Tolong bantu saya. Terimakasih.☹️

Leave a Reply

RELATED ARTICLES

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping
error: Content is protected!

SAYONARA!

In order to serve you better, we're permanently moving to ainaabeauty.com starting 1st January 2024. For new customer, we advice to make your order on our new website.

For existing customer, we encourage you to use any Ainaa Points you currently have before the move, as they will not transfer over to our new site. Thank you for your loyalty, and we hope to see you soon at ainaabeauty.com!