Ainaa Beauty New Look 💙

Apa Jadi Kalau Kita Skip Dan Abaikan Sunscreen

shutterstock_1376251502

Sunscreen adalah step yang wajib dan tidak boleh di skip dalam skincare rutin. Sunscreen wajib dipakai pada siang hari at least 15 minit sebelum kita keluar rumah. Jika kita berada dalam rumah juga diwajibkan untuk pakai sunscreen jika masih terdapat cahaya matahari yang memasuki rumah kita. Walaupun cuaca mendung kita masih wajib untuk pakai sunscreen ya sebab 80% cahaya matahari boleh tembus ke bumi.

Terdapat dua jenis sunscreen iaitu physical sunscreen dan chemical sunscreen. Pastikan pilih sunscreen yang sesuai mengikut jenis kulit kita.

Kenapa sunscreen tu penting adalah kerana :

Melindungi kulit kita daripada sinaran UVA dan UVB

Sunscreen berfungsi untuk membantu melindungi kulit kita daripada dua sinaran ini. Punca masalah kulit seperti sunburn, jeragat, kedutan, dan penuaan adalah disebabkan oleh dua sinaran ini. Bayangkan kalau tiada perlindungan pada kulit kita, dan terdedah secara langsung kepada sinaran matahari. Kulit kerap terdedah terdedah kepada panahan mentari tanpa sebarang perlindungan akan mengalami kesan lebih teruk.

Mencegah kanser kulit

Sunscreen juga dapat membantu untuk mencegah kanser kulit. Hal ini kerana sinaran UV dapat menembusi lapisan kulit kita. Dr Aminudin Rahman berkata ; “individu berkulit cerah lebih mudah mendapat kanser kulit kerana pigmen melanin kulit berbeza sekali gus menjadi penghalang kepada serapan cahaya matahari”. Katanya, lelaki dewasa cenderung kepada kanser itu kerana gaya hidup mereka kerap menghabiskan masa di luar selain tidak mengenakan krim perlindungan kulit.

Melindungi kulit daripada cepat berkedut

Sinaran UVA dan UVB dapat menyebabkan kulit kita cepat berkedut dan juga menyebabkan garis halus. Jadi dengan sunscreen kulit kita dapat dilindungi.

Mencegah punca jeragat

Kebanyakkan daripada kita tidak mengambil serius kepentingan sunscreen. Lepas tu bila timbul jeragat atau bintik-bintik hitam mula lah nak kalut dan bising. Jeragat bila dah timbul susah nak hilang tau kecuali rawatan laser.

Kebanyakkan yang skip sunscreen, wajah mereka lebih tua daripada umur. Hal ini disebabkan kulit mereka sudah menembusi lapisan kulit mereka dan merosakkan sel-sel kulit. Jadi, pakai lah sunscreen everyday even duduk di rumah dan jangan lupa re-apply setiap 3 atau 4 jam sekali. Pakai sunscreen jangan lah sekadar cukup syarat. Ikut cara pemakaian sunscreen yang betul iaitu 2 finger tips.

Sebagai rumusannya, sunscreen adalah step yang penting dan tidak boleh di skip ya. Kalau nak ada jeragat, ada kanser kulit, muka cepat berkedut, dan muka lebih tua daripada umur kalian dipersilakan untuk tinggalkan sunscreen. Kalau nak skincare cepat berkesan pada kulit kita dan nak parut jerawat cepat hilang pakai sunscreen setiap hari tau. Sayangilah kulit anda dan pentingkan pemakaian sunscreen. Good luck dan semoga kulit kita sihat sentiasa.

spread the word

1 comment

    Avatar

    Muka sy jenis gelap dan senang sunburn. Bila pakai sunscreen muka senang berminyak. Warna kulit xsekata. Boleh cadangkan produk sesuai utk skin sy? Thanks

Leave a Reply

RELATED ARTICLES

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping
error: Content is protected!

SAYONARA!

In order to serve you better, we're permanently moving to ainaabeauty.com starting 1st January 2024. For new customer, we advice to make your order on our new website.

For existing customer, we encourage you to use any Ainaa Points you currently have before the move, as they will not transfer over to our new site. Thank you for your loyalty, and we hope to see you soon at ainaabeauty.com!