Ainaa Beauty New Look 💙

Tujuh Tips Rawatan Parut Jerawat Secara Semulajadi

natural

Bila ada parut jerawat kat muka, kita rasa kurang berkeyakinan bukan? Selain menggunakan produk jerawat yang ada di pasaran, tahukah anda parut jerawat juga boleh dirawat dengan hanya menggunakan bahan semulajadi. Ketahui tips senang untuk hilangkan parut jerawat yang anda boleh lakukan di rumah menggunakan bahan semula jadi.

1. Tomato

Tomato kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C yang boleh menyegarkan kulit dan menghilangkan jerawat dan parut, sama ada yang baru muncul atau yang sudah masak.

Cara menggunakannya :

• Bersihkan dan potong tomato mengikut saiz yang sesuai

• Letakkan tomato yang telah dipotong pada parut jerawat yang sedia ada

• Biarkan selama 20-30 minit

• Bilas muka dengan air bersih

• Lakukannya 2-3 kali seminggu

2. Lemon

Jus lemon mempunyai banyak faedah, terutamanya untuk kesihatan dan kecantikan muka. Kandungan lemon mampu membersihkan sel-sel kulit mati dan mengurangkan minyak di muka. Tidak hairanlah lemon boleh membantu menghilangkan jerawat dan parut jerawat.

Cara menggunakannya :

• Perah 1 atau 2 biji lemon.

• Sapukan jus lemon pada muka, terutamanya pada parut jerawat yang banyak.

• Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering.

• Bilas muka dengan air bersih.

• Lakukannya 2-3 kali seminggu.

3. Putih Telur

Putih telur sangat bagus untuk mengekalkan kecantikan muka. Di samping menganjalkan kulit, putih telur juga boleh menghapuskan jerawat dan parut jerawat.

Cara menggunakannya :

• Bersihkan muka.

• Ambil satu biji telur dan asingkan putih telur dan  kuning telur.

• Sapukan pada muka.

• Tunggu sehingga kering selama 10-15 minit.

• Bilas muka dengan air bersih (air sejuk jika boleh).

• Lakukannya 2-3 kali seminggu.

4. Aloe Vera

Kandungan gel aloe vera juga cukup berkesan untuk membersihkan kulit supaya bebas daripada parut jerawat yang degil. Untuk jimat kos, kita boleh menanam sendiri aloe vera di rumah. Tumbuhan ini begitu mudah untuk tumbuh.

Cara menggunakannya :

• Bersihkan muka.

• Pilih aloe vera segar.

• Potong di tengah-tengah kemudian keluarkan gel.

• Sapukan gel aloe vera ke muka.

• Biarkan selama 10-15 minit.

• Bilas muka dengan air bersih.

• Lakukannya 2-3 kali seminggu.

5. Minyak Zaitun

Minyak zaitun mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan dan kesihatan, terutamanya untuk muka seperti dapat melembutkan kulit dan mengekalkan kecantikan kulit. Di samping itu, minyak ini juga berguna untuk kecantikan rambut.

Cara menggunakan :

• Sebelum tidur, sapukan minyak zaitun di muka.

• Urut muka perlahan-lahan selama 5 minit.

• Bilas muka dengan air suam.

• Perlu dilakukan setiap hari sehingga parut jerawat hilang untuk kesan maksimum.

6. Jagung

Jagung mengandungi Vitamin A yang mana adalah nutrien penting yang diperlukan oleh kulit untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit serta mencegah penuaan. Di samping itu, jagung juga mengandungi Vitamin C yang membantu membina connective tissue dan mencegah parut (kedutan) pada kulit.

Cara menggunakannya :

• Bersihkan muka.

• Pilih jagung muda dan segar, bersihkan dan parutkan.

• Sapukan jagung yang diparut ke muka.

• Biarkan 15-20 minit.

• Bilas muka dengan air bersih.

• Lakukannya 2-3 kali seminggu.

7. Black Tea

Jika anda suka minum black tea, jangan buang sisanya kerana ia sangat berkhasiat untuk kecantikan kulit. Serbuk black tea dipercayai dan telah terbukti dapat menghapuskan parut jerawat.

Cara menggunakannya :

• Bersihkan muka

• Sapukan serbuk teh pada parut jerawat perlahan-lahan

•  Biarkan selama 15 minit

• Bilas muka dengan air bersih

• Lakukan 2-3 kali seminggu

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! ?

spread the word

Leave a Reply

RELATED ARTICLES

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping
error: Content is protected!